Monday, September 1, 2014

Kongres Budaya Banjar Ke-3

Setelah diubah masanya beberapa kali, Kongres Budaya Banjar Ke-3 akhirnya telah diadakan pada bulan Oktober 2013. Saya tentu saja ingin hadir. Malangnya tidak ada  jemputan  peribadi. Jadi saya memilih tidak pergi, walaupun saya boleh mengikuti rombongan PBM.

Sunday, January 20, 2013

Bilakah Kongres Budaya Banjar ke-3 akan diadakan?

Jika tiada aral melintang, saya memang   berminat untuk menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-3 yang dijadualkan akan diadakan  di Banjarmasin pada tahun ini.

Akan tetapi, sehingga kini masih tiada apa-apa perkhabaran tentang kongres  tersebut.

Sebelum ini pra kongres  telah diadakan di Kuala Tungkal pada akhir bulan November yang lalu. Akan tetapi, saya hanya mengetahuinya dari laporan akhbar dan  dari dua tiga tulisan di  facebook. Kalau tidak salah, perwakilan dari Malaysia memang tidak diundang  ke pra kongres tersebut.

Mudah-mudahan kami di Malaysia akan mendapat perkhabaran  tentang  Kongres Budaya Banjar Ke-3 ini tidak lama lagi.

Monday, January 4, 2010

Kunjungan ke Banjarmasin

Saya bercadang akan ke Banjarmasin pada tahun ini, walaupun tarikhnya belum pasti lagi. Kulaan nang handak umpat dialu-alukan. Sila hubungi saya: HP 012-9331545 atau emel: el.salleh@gmail.com.

Friday, December 25, 2009

Salam Perkenalan

Ini blog baru saya tentang orang Banjar. Saya akan gunakan apabila sampai masanya, untuk mengganti blog yang sedia ada.